PERATURAN-PERATURAN
SEKOLAH
ke menu utama
1. KEHADIRAN
1.1 Hadir seberapa cepat ke sekolah
1.2 Sebaik sahaja tiba di sekolah, terus jalankan tugas yang diberi. Jika
tugas
telah selesai, pergi ke perpustakaan atau sudut bacaan atau
balai ilmu untuk
membaca buku.
1.3 Selepas tamat belajar waktu tengah hari, terus pulang ke rumah.
Jangan singgah di mana-mana atau bertemu dengan orang-orang yang tidak
dikenali.
1.4 Murid-murid perlu hadir sebelum 7.25 pagi setiap hari.
1.5 Murid yang sakit atau yang tidak dapat hadir ke sekolah, mestilah memberitahu
GURU DARJAH atau GURU BESAR secara bertulis .
1.6 Murid-murid tidak dibenarkan cuti kecuali mendapat kebenaran daripada
guru darjah
atau Guru Besar melalui surat oleh ibu bapa atau penjaga.
2. PELAJARAN DAN PEMBELAJARAN
2.1 TAHAP SATU - Terdiri daripada KBSR Tahun Satu, Dua dan Tiga.
- Isnin : Jam 07.30 pagi - 01.00 petang
- Selasa - Khamis : Jam 07.30 pagi - 12.30 petang
- Jumaat : Jam 07.30 pagi - 12.00 tengah hari
2.2 TAHAP DUA - Terdiri daripada KBSR Tahun Empat, Lima dan Enam.
- Isnin : Jam 07.30 pagi - 01.00 petang
- Selasa - Khamis : Jam 07.30 pagi - 01.00 petang
- Jumaat : Jam 07.30 pagi - 12.00 tengah hari
3. LOCING SEKOLAH BERBUNYI
1. Jam 07.25 pagi : Beratur pagi untuk perhimpunan dan masuk darjah
2. Jam 10.00 pagi : Tanda mula rehat.
3. Jam 10.27 pagi : Beratur untuk masuk belajar sesi kedua
4. Jam 12.30 t. hari : Murid tahap satu pulang dari sekolah
5. Jam 01.00 petang : Murid tahap dua pulang dari sekolah
4. PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH
1. Sentiasa berpakaian kemas dan bersih di sekolah.
2. Murid-murid wajib memakai pakaian rasmi sekolah dengan sarung kaki
dan sepatu kain berwarna putih.
3. Selipar, terumpah dan sebagainya dilarang sama sekali, kecuali ada sebab-sebab
tertentu sahaja dan mendapat kebenaran dari guru.
4. Pada hari Sabtu- pakaian yang sesuai perlu digunakan seperti mana yang
diarahkan oleh guru.