SEKOLAH KEBANGSAAN TENAGA SEPAKAT
1. TANAH:
Luas tanah kawasan sekolah ini ialah 2 ekar, 1 rod dan
27 pol. Terletak di Kampung Parit Yob, Mukim Enam, Linau, Batu Pahat. Tanah
ini telah diwakafkan oleh Allahyarham Tuan Hj. Maksom bin Kassan dalam
tahun 1952.
Padaa tahun 1975 sekolah ini mendapat tambahan tanah
seluas ½ ekar, 0 rod dan 2 pol yang telah diwakafkan oleh Tuan Hj.
Jaafar bin Hj. Shukor. Sebahagian dari tanah ini telah diwakafkan kepada
bangunan Sekolah Agama Tenaga Sepakat dan bakinya diwakafkan kepada sekolah
ini.
Memandangkan pertumbuhan penduduk di kawasan Parit Yob dan kawasan sekelilingnya dan perjalanan anak-anak mereka yang jauh untuk ke sekolah di Pekan Parit Yaani, maka satu mesyuarat telah diadakan oleh ketua kampung tersebut bagi menimbangkan hal ini. Kata sepakat telah diperolehi dan dengan kerjasama daripada Penghulu Mukim Enam, satu permohonan telah dimajukan kepada Pejabat Pelajaran, Pejabat Tanah dan juga Pejabat Daerah Batu Pahat.
Kerja-kerja membina sekolah ini dibuat secara gotong-royong. Penduduk kampung telah memberi tenaga dan semangat. Atas daya usaha dan sepakat dapat mengumpul derma dari orang ramai pada masa itu sebanyak $543.80 sahaja. Walaupun demikian bahan-bahan binaan seperti tiang, kayu, papan, zing, paku, dawai dan lain-lain telah didermakan oleh penduduk setempat.
Pada tahun 1960, maka terdirilah sebuah sekolah di kampung ini yang beratapkan zing dan berlantaikan tanah. Pihak Jabatan Pelajaran telah membekalkan kerusi, meja dan papan hitam secukupnya. Seramai 3 orang guru dan seorang pekerja ditempatkan di sekolah ini. Sekolah ini telah diberi nama "SEKOLAH MELAYU TENAGA SEPAKAT". Kakitangannya terdiri daripada;
1. Encik Affandi bin Sayuti : Guru Besar
2. Encik Ahmad bin Saimon : Guru Sementara
3. Encik Ali bin Marlan : Guru Sementara
4. Tn. Hj. Mesbaki bin Hj. Tukiran : Tukang Kebun
Sekolah ini telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Batu
Pahat iaitu
Encik Abd. Rahman bin Jaafar pada 09. 04. 1961. Turut
hadri di dalam majlis itu ialah:-
1. Tuan Hj. Noh bin Manaf : Pengelola Sekolah Batu Pahat
2. Tuan Hj. M. Noh bin Jumaat : Bekas Penghulu Mukim
Linau
3. Tuan Hj. Anuar bin A. RAhman : Pengarah PWD
(JabatanKerjaraya)
4. Tuan Hj. Salleh bin Omar : Guru Pelawat Bandar
Penggaram
5. Encik Basiran bin Manas : Penghulu Mukim Enam
Mereka yang telah memberi sumbangan tenaga dan buah fikiran
bagi menjayakan pembinaan sekolah ini antaranya ialah:-
1. En. Basaran bin Manas : Penghulu Mukim Enam ( meninggal)
2. En. Idris bin Awang : Naib Penghulu ( meninggal)
3. En. Jamil bin Suroo : JKK Kampung ( meninggal)
4. En. Judi bin Kario : JKK Kampung ( meninggal)
5. En. Sadimin bin Potro : Ketua Kampung ( meninggal)
6. En. Remin bin Proto : Pemimpin Masyarakat ( meninggal)
7. En.Shawal bin Hj. Shukor : Pemimpin Masyarakat ( meninggal)
8. Hj. M. Yakin bin Mohd Tam : Imam
Masjid Jamek ( meninggal)
9. Tn. Hj. Basiran bin Sarbini: JKK Kampung ( meninggal)
10. Tn. Hj. A. Razak bin Hj. Ikhwan : JKK Kampung ( meninggal)
11. Tn. Hj. Maksom bin Hassan : Pewakaf Tanah ( meninggal)
12. Tn. Hj. Rosman bin Salleh : Pemimpin Masyarakat
13. Tn. Hj. Tugiran bin Hj. Shukor : Pemimpin Masyarakat
(
meninggal)
Pada tahun 1981, kerajaan telah mendirikan sebuah bangunan
baru dua tingkat yang mengandungi:-
1. 8 buah bilik darjah 2. 1 buah bilik Guru Besar
3. 1 buah bilik Pejabat Sekolah 4. 1 buah bilik rehat
guru
5. 3 buah bilik tandas 6. 1 buah bilik tayang
7. 1 buah bilik tayang 8. 1 buah bangunan kantin sekolah
Pada tahun 1991, kerajaan telah membina bangunan tambahan untuk kelas PRASEKOLAH. Kelas ini adalah kelas ubahsuai daripada bilik Pusat Sumber Sekolah (PSS) dan ditambah 10 kaki untuk dijadikan dapur masak dan tandas.
Di luar kelas ini dibina kawasan permainan kanak-kanak
yang mengandungi:-
1. Papan jongkang-jongkit 2. Buaian
3. Papan gelungsur 4. Kotak permainan air dan pasir.
Pada tahun 1992, dibina sebuah pondok yang diberi nama BALAI ILMU untuk murid-murid membaca. Peruntukkannya daripada Ahli Dewan Undangan Kawasan Parit Yaani YB. Tuan Hj. Mohamed bin Hj Abdul Aziz. Pondok ini didirikan secara gotong-royong oleh anggota PIBG, guru dan penduduk kampung.
Selain daripada Balai Ilmu, pondok basikal juga telah dibina untuk meletakkan basikal murid. Peruntukkannya disumbangkan oleh Cikgu Tuan Hj. Siam bin Judi (Guru Bersara) bekas guru sekolah ini. Ia dibina secara gotong-royong juga.
Pada tahun 1995 Kerajaan memberi peruntukan untuk membina
pagar baru, menganti lampu , kipas angin dan mengecat bangunan. Di samping
itu, sekolah ini menjadi projek perintis Pendidikan Alam Sekitar Peringkat
Negeri Johor. Beberapa pondok kecil, taman bunga, taman rempah-ratus dan
taman sayur-sayuran diadakan.